Tuesday, July 28, 2009

Should I?

Lately some of my friends are so nice informed me about few interesting job openings. Some are from the companies that I've wanted to work with for so long. Ermm..apakah aku tidak happy dengan kerja ku sekarang? Oh no!no!no! I am happy but to me it's no harm trying to search and hunt for other jobs especially in different fields with attractive remuneration packages! Ermm, it sounds macam aku ni tamak je kan but since I'm still young (perasan!) I really love to lompat lompat kerja. Tapi if nasib aku baik and called for interview sure tersemput semput juga nak explain bab yang lompat lompat kerja. Anyway, aku still in the process updating my resume. This is the part that I hate the most tapi goreng sajalah. Definitely I did not put any hope, as Mak selalu kata if benda tu dah memang rezeki kita sure Allah akan permudahkan segalanya. Yang penting kite berusaha, berdoa dan bertawakal. Kalau dapat aku bersyukur sangat tapi if tak dapat bersyukur juga sebab aku masih ada kerja.

I had the most difficult week in my life last week. I was away from the office for almost the whole week. Nanti aku update in later post lah ye. Okay people, let's pray semoga hari esok lebih colourful as compared to today.

Thursday, July 09, 2009

Dah Lama Juga Ye..

Wow weee wee heeee..


Lamanya aku tak update uHuHu. I am tired, extremely tired since last week. Ye, sangat bosan kan, in each entry sure aku mengeluh penat. Tapi memang penat if kerja tak habis habis tapi bertambah ada. My favourite month end close is finally dah OVER!!Yes, it's OVER!! Cikabi, nampak tak tanda "selu" tu? Kehkehkeh!! As usual, aku menjadi gila bila closing especially bila wujudnya isu isu yang muncul secara tiba tiba. Aku sangat benci bila jadi macam tu! Dan waktu tidur yang tidak menentu buatkan aku tak boleh berfikir secara waras. Maka akibatnya aku telah menjadi GEMOK kerana mulut tak boleh berhenti mengunyah sehingga Cikabi tegur "Anyah! Ko ni kenapa? Asyik makan je kerja. Lapar sangat ke?" Bila Cikabi dah bersuara begitu makanya ia jelas membuktikan aku sudah GEMOK!! I have to control my appetite!! Anyway, lidahku sangat sakit ketika ini kerana semalam sebelum makan nasi beriyani sedap tak dimulakan dengan "Bismillah". Akibatnya lidah melecur. Padan muka! Mungkin ini petanda suruh aku kurangkan makan. Tapi bagaimana. Mak dah belikan berbagai snacks for me to ngap ngap. Merekalah peneman setia di kala aku lapar kerana duduk di bilik yang kena on kan air con sebab kalau ditutup maka bau rokok yang aku tak suka itu boleh buat aku sesak nafas. Bongok punya orang sebelah! Nak merokok pun, pegilah kat lobby tu!


Inilah peneman setiaku di kala aku menyiapkan kerja kerja ku.




Hari pertama ada 2 botol, tapi the next day sudah tinggal satu saja. Dan hanya saya saja yang minum. Kehkehkeh!



Maruku Mak bawak from rumah. At 1st, dalam hati aku kata "Buat apalah Mak bawak ni. Ni sure akan jadi kes yang sama setiap kali. Tak kan dimakan dan dibawa balik ke rumah semula." Tapi disebabkan aku berjaga malam dan sentiasa lapar, sekarang ia sudah hampir habis di mamam. Oleh aku seorang juga.. Yang lain lain beli dengan Mak semalam tapi sebab lidah aku sakit lagi maka susah nak makan. Apalah nasib!



Dah 2 days in a row aku order ini nasi goreng yang bagi aku sedap juga rasanya tapi harganya mahal nak mampus!! Tapi tolak ketepi telur goreng hangus pahit dan sup berminyak itu. Aku yang tak reti masak ni pun tau goreng telur tak hangus and masak sup tak berminyak. Nasib baik nasi goreng tu banyak udang dan ayamnya. Tapi masuk hari ketiga, dah tak sanggup aku nak tengok nasi goreng lagi. Kenapa if Mak yang masak nasi goreng everyday tak pulak aku rasa muak kan?


Yang kononnya "Art" ni ada depan mata aku sentiasa sebab meja yang aku guna untuk bekerja ni mengadap dia. Bila aku tatap aku rasa aku pun boleh ambil cat dan palit palit saja. Oppss, minta maaf orang seni! Aku memang tak berjiwa seni langsung. Ampun ya!


Adoii!! Meeting tergempar lagi. Sangat tak suka bila berlaku perkara unplan ini. Tata!

Saturday, July 04, 2009

What's On My Mind...

It's Friday nite and I'm still working. The worse is it's holiday in US because tomorrow is their Independence Day and aku masih juga bekerja. But to be honest, it feels so good to finish up my work now (now is 1am ya) because my Business people are on holiday. Yahoo!! Aku boleh menyiapkan kerja aku tanpa gangguan dari mereka. Aku rasa sungguh tenang walaupun kerja sangat banyak. Since terlalu penat dan letih kerana it's the 3rd nite aku kerja di malam hari and currently I need a break, maka these are things on my mind rite now besides my neverending works:

1. I need to do super MAJOR cleaning for the house because in the next couple of weeks my relatives are coming. But, I'm not sure if I have enough energy to do it tomorrow. If berkemas besar besaran bermakna I need a day to do it. Again, bila berkemas aku sungguh fussy. Lebih fun if aku seorang saja di rumah dan tiada gangguan. Why not Sunday? Sunday ialah hari bermalas malasan di rumah.

2. Pokok bunga di luar rumah juga perlu di trim dan dibaja. Memang selalunya it is done by my dear Mak tapi kesian pula dekat Mak maka terasa macam perlu lakukan ini di hujung minggu ini. Tapi sure Mak tak bagi aku trim mengikut taste yang aku suka kerana semua pokok bunga tengah cantik berbunga. Thanks to baja Makcik di Londang itu! Ia sungguh efektif! Siapa berminat nak beli baja bunga, belilah daripada Makcik Londang!

3. Berkira mahu tempah baju cantik for the engagement. My engagement kah? Kehkehkeh! No! It's my dear sister Cikabi. Tapi rasanya seperti mahu pakai baju yang sedia ada sahaja. Baju itu pun aku hanya pakai sekali sahaja. Rasa macam membazir pula jika ingin tempah yang baru kerana kos untuk material dan tempah pasti mencecah ratusan ringgitsss.. Besides, it's not me yang orang nak tengok pun. Kehkehkeh! If lawa sangat nanti Cikabi jelous pula! Tapi ada juga suara hatiku berkata "Eh! Anda pun perlu juga nampak cantik!" - Adakah itu suara syaitan suruh aku membazir? Hmmm..

4. Juga berkira nak tukar cermin mata baru tapi at the same time rasa macam nak tukar penampilan. Mahu buat make over kah? Oh tidak! Kehkehkeh! Aku rasa macam nak pakai contact lens tapi aku adalah sangat penakut nak cucuk mata aku dengan kanta palsu itu. Jadi bagaimana? Nampaknya maintain je lah pakai cermin mata aku ini. Tapi aku akan berusaha juga jadi berani, at least for the important events!! Terus berusaha uHuHu Girl!

5. Aku dalam dilemma ingin mencari handbang for my everyday use. Aku tidak membawa handbag ke tempat kerja kerana aku sudah ada backpack laptopku itu yang aku sumbat segala benda di dalamnya. Tak pasti adakah cross body bag atau shoulder bag pilihan hatiku. Aku dah jumpa shoulder bag yang aku suka tapi hati aku masih mahu aku mencari cross body bag juga. Memang aku lebih suka cross body kerana ia lebih sempoi and senang nak bawa tapi susah nak jumpa yang mencapai tahap piawaianku. Oh! Juga rasa macam perlu ada clutch kerana ia begitu sesuai dibawa ke wedding atau dinner. Hey! Focus please! One at a time ya even bag yang aku cari bukanlah designer's handbag. Kehkehkeh!

6. Buku Skrap "Rumah Impianku" belum nampak batang hidungnya kerana aku busy dengan kerja. Magazines yang terlalu banyak itu sudah dinanti dan diminta untuk dipotong dan ditampal for mix and match process tapi mood untuk kerja itu belum sampai pula. Perlu dimulakan minggu ini ke? Macam tidak sempat je kerana kerja closing ku ini belum habis lagi! Nampaknya terpaksa ditangguhkan...

7. Nak sangat makan cempedak sekarang ini! Petang tadi boleh aku terbangun bila aku dengar Mak kata nak beli cempedak tapi tak jadi kerana tak ada yang sedap dan isi yang tebal adalah bukan kesukaan aku. Tapi, aku dah pesan dekat Mak, if nak beli make sure kena beli 3 biji- 2 biji untuk digoreng dan 1 biji untuk aku makan begitu sahaja. Ye, aku juga hantu cempedak. Keluargaku tahu akan hal itu. Oh! I'm so craving for cempedak now...

8. Aku rindu sangat dengan jam dan rantai aku yang masih ada pada pihak berkuasa itu. Walaupun jam itu aku hanya pakai pada events yang tertentu sahaja tapi aku sangat rindukannya kerana ia jam paling mahal yang pernah aku ada seumur hidup aku dan yang paling penting ia adalah pemberian ayah. Punyalah aku jaga gila gila tapi pihak berkuasa itu boleh saja dia campak campak kan jam aku itu. Bongok punya .....! (Sorry ye bahasa aku itu!). Juga aku rindukan rantai yang Mak belikan itu kerana walaupun aku tidak suka barang kemas tapi rantai itu tak pernah sekali pun aku tanggalkan sejak Mak bagi and pakaikan. Those things are so precious to me. Tolong pulangkan pada saya semula En Bongok!

9. Memandangkan susah sangat aku nak plan untuk pergi bercuti maka terasa nak memanjakan diri ke spa pula. Ada few spa yang aku dah berkenan tapi masih juga mencari yang terbaik. Tapi aku tak nak pergi seorang diri jadi Cikabi lah yang akan aku ajak nanti. Kehkehkeh! Mungkin sebelum majlis pertunangannya nanti? Erk? Lambat sangat pula tu. So Cikabi? Are you interested my dear sister?

10. Dah lama tidak buat marathon menonton drama Korea. Rindu pula rasanya! If membuang masa dengan perkara ini di hujung minggu? Macam tak berbaloi kerana banyak perkara yang lebih bermanfaat boleh aku lakukan seperti the 1st two items di atas. Kehkehkeh! Drama yang aku kepingin sangat mahu nonton itu juga tidak tahu di manakah ia.

As usual lah kan, 10 benda ini sahaja lah ye yang aku list kan walaupun terlalu banyak lagi perkara yang sedang menari nari di minda aku ketika ini. Kita boleh plan sahaja tapi sama ada akan dilakukan atau terjadi pada masa hadapan bergantung pada tahap kerajinan, masa, wang ringgit, tahap kepentingannya dan apa apa yang berkaitan dengannya.

Eh! Terasa nak tambah lagi satu lah...

11. Aku rasa sangat gemuk ketika ini. Kena jaga pemakanan aku nampaknya. Bukan nampak sedap saja semua aku nak telan. Jadi sangat perlu untuk diet. Memang next week aku akan memulakan puasa di bulan Rejab tapi bukan itu niat nya ye. ;) Itu hanyalah bonus ketika berpuasa.

Okaylah, perlu siapkan kerja aku segera. Cukuplah catatan aku di pagi pagi buta ini. Selamat tidur semua dan mimpi yang best best ok!! ;)

Wednesday, July 01, 2009

I Am Happy! :)

Oh tidak! Aku tidak update My Yummy uHuHu semalam! Apa sudah jadi? Anyway, thanks to my dearest sister for the reminder. :) Aku sungguh busy this week and next week because of the never ending month end close. Ia datang lagi tanpa diundang dan aku semakin letih mengadap dia every month. Plus, I'll become zombie during closing because I change my working hours which is di masa kamu semua tidur di waktu malam, saya berjaga membuat kerja dan menghadiri meetings dan di saat kamu keluar mencari rezeki aku tidur dibuai mimpi. Tapi selalunya mimpi related to work. Arghh! Tak best betul! Spoil je mimpi aku. Akibatnya aku akan terbangun dengan segera dan terus mengadap my lappy to check if my nitemare is for real. Selalunya tidak betul pun. Mimpi kan mainan tidur. Kehkehkeh!


So, entri aku pada hari ini pasal apakah? Aku menjadi begitu bersemangat bekerja sampai terlupa pada uHuHu aku kerana aku terlalu happy semalam. Ye, senyum hingga sampai ke telinga dan semangat kerja datang bertalu talu. Jadi cerita apakah? I had one on one meeting with my dear manager yang super best and sweet itu and we had discussion about my performance for the past 10months. Dan dia yang sememangnya super sangat best itu had given super best review about my performance. Hihihi! Makanya aku senyum happy and sangat berpuas hati dengan review itu. Jadi ada increment ke? Kahkahkah! Mimpi sajalah. Company tengah save cost gila gila, jadi itu increment tiada. Tapi bila Manager aku yang hansome, sweet, sangat concern and pandai itu memuji kerja aku, rasanya ia melangkaui cerita pasal increment atau bonus. Bagi aku, if my own manager dah kata "You did great Diana eventhough.. bla bla bla" ia telah me motivate kan diri aku untuk bekerja lebih tekun lagi. If ada bonus and increment, lagilah seronok tetapi for the time being those reviews sudah bisa membuat aku happy dan teruja.



Tapi, bila dia dah tahu we can handle things, maka kerja pun akan bertambah. Standardlah tu kan. Good review=More work! Look at the +ve side, it also means more knowledge and skills to add in you resume! Yahoo!


Entri hari ini hanya ingin berkongsi perasaan yang gembira ini dan tiada gambar. Bosan kan? Aku dah berazam from the beginning in each entry must have photos kerana I'm not a good writer, so if ade photos akan memudahkan penceritaan. Tapi tiada juga photo yang sesuai untuk diupload.


OK people and to my friends out there who are also struggling for closing. Happy Closing! ;)



Wait! I'm not done yet. Hold on. Mari bergossip sekejap. Last Sunday, semasa membaca
Pancaindera penuh gossip itu, aku terkejut kejap bila nampak cerita ini. So, terus aku shoot soalan ke Mak aku


Aku: Mak, nama Kembar yang semalam tu nama dia Zaquan Adha ke?
Mak: Kenapa?
Aku: Ni girlfriend dia kot Mak
(Dengan pantas Mak merampas Pancaindera itu dari tangan aku sampai aku terkejut dan terdiam dan Mak terus gelak dan suara yang kuat-seperti biasa)
Mak: Oh!! Ni lah girlfriend dia. Dia ada kata patutnya nak bawak sekali tapi tak jadi pulak
Aku: Takpelah Mak, Anyah bukan minat pun girlfriend dia ni. If Rita Rudani ada nak lah jugak ambil gambar. Tapi Mak, just imagine if girlfriend Kembar ni datang sure lagi banyak collections boleh dapat. Hihihihi.



As a conclusion, benarlah mereka bercinta rupa rupanya tapi tak nak mengaku konon! Nama pun Kembar, maka dua dua juga sukakan artis. Hihihi. Biarlah kan, as long they are happy! Apakah aku ingin menukar kerjaya menjadi reporter hiburan dan gosip. Erghh!! Malas aku. ;)



Nak baca cerita ini lebih lanjut, cari atau google sendiri ok! Aku kena sambung buat kerja! Kehkehkeh! ;)