It's Friday nite and I'm still working. The worse is it's holiday in US because tomorrow is their Independence Day and aku masih juga bekerja. But to be honest, it feels so good to finish up my work now (now is 1am ya) because my Business people are on holiday. Yahoo!! Aku boleh menyiapkan kerja aku tanpa gangguan dari mereka. Aku rasa sungguh tenang walaupun kerja sangat banyak. Since terlalu penat dan letih kerana it's the 3rd nite aku kerja di malam hari and currently I need a break, maka these are things on my mind rite now besides my neverending works:
1. I need to do super MAJOR cleaning for the house because in the next couple of weeks my relatives are coming. But, I'm not sure if I have enough energy to do it tomorrow. If berkemas besar besaran bermakna I need a day to do it. Again, bila berkemas aku sungguh fussy. Lebih fun if aku seorang saja di rumah dan tiada gangguan. Why not Sunday? Sunday ialah hari bermalas malasan di rumah.
2. Pokok bunga di luar rumah juga perlu di trim dan dibaja. Memang selalunya it is done by my dear Mak tapi kesian pula dekat Mak maka terasa macam perlu lakukan ini di hujung minggu ini. Tapi sure Mak tak bagi aku trim mengikut taste yang aku suka kerana semua pokok bunga tengah cantik berbunga. Thanks to baja Makcik di Londang itu! Ia sungguh efektif! Siapa berminat nak beli baja bunga, belilah daripada Makcik Londang!
3. Berkira mahu tempah baju cantik for the engagement. My engagement kah? Kehkehkeh! No! It's my dear sister Cikabi. Tapi rasanya seperti mahu pakai baju yang sedia ada sahaja. Baju itu pun aku hanya pakai sekali sahaja. Rasa macam membazir pula jika ingin tempah yang baru kerana kos untuk material dan tempah pasti mencecah ratusan ringgitsss.. Besides, it's not me yang orang nak tengok pun. Kehkehkeh! If lawa sangat nanti Cikabi jelous pula! Tapi ada juga suara hatiku berkata "Eh! Anda pun perlu juga nampak cantik!" - Adakah itu suara syaitan suruh aku membazir? Hmmm..
4. Juga berkira nak tukar cermin mata baru tapi at the same time rasa macam nak tukar penampilan. Mahu buat make over kah? Oh tidak! Kehkehkeh! Aku rasa macam nak pakai contact lens tapi aku adalah sangat penakut nak cucuk mata aku dengan kanta palsu itu. Jadi bagaimana? Nampaknya maintain je lah pakai cermin mata aku ini. Tapi aku akan berusaha juga jadi berani, at least for the important events!! Terus berusaha uHuHu Girl!
5. Aku dalam dilemma ingin mencari handbang for my everyday use. Aku tidak membawa handbag ke tempat kerja kerana aku sudah ada backpack laptopku itu yang aku sumbat segala benda di dalamnya. Tak pasti adakah cross body bag atau shoulder bag pilihan hatiku. Aku dah jumpa shoulder bag yang aku suka tapi hati aku masih mahu aku mencari cross body bag juga. Memang aku lebih suka cross body kerana ia lebih sempoi and senang nak bawa tapi susah nak jumpa yang mencapai tahap piawaianku. Oh! Juga rasa macam perlu ada clutch kerana ia begitu sesuai dibawa ke wedding atau dinner. Hey! Focus please! One at a time ya even bag yang aku cari bukanlah designer's handbag. Kehkehkeh!
6. Buku Skrap "Rumah Impianku" belum nampak batang hidungnya kerana aku busy dengan kerja. Magazines yang terlalu banyak itu sudah dinanti dan diminta untuk dipotong dan ditampal for mix and match process tapi mood untuk kerja itu belum sampai pula. Perlu dimulakan minggu ini ke? Macam tidak sempat je kerana kerja closing ku ini belum habis lagi! Nampaknya terpaksa ditangguhkan...
7. Nak sangat makan cempedak sekarang ini! Petang tadi boleh aku terbangun bila aku dengar Mak kata nak beli cempedak tapi tak jadi kerana tak ada yang sedap dan isi yang tebal adalah bukan kesukaan aku. Tapi, aku dah pesan dekat Mak, if nak beli make sure kena beli 3 biji- 2 biji untuk digoreng dan 1 biji untuk aku makan begitu sahaja. Ye, aku juga hantu cempedak. Keluargaku tahu akan hal itu. Oh! I'm so craving for cempedak now...
8. Aku rindu sangat dengan jam dan rantai aku yang masih ada pada pihak berkuasa itu. Walaupun jam itu aku hanya pakai pada events yang tertentu sahaja tapi aku sangat rindukannya kerana ia jam paling mahal yang pernah aku ada seumur hidup aku dan yang paling penting ia adalah pemberian ayah. Punyalah aku jaga gila gila tapi pihak berkuasa itu boleh saja dia campak campak kan jam aku itu. Bongok punya .....! (Sorry ye bahasa aku itu!). Juga aku rindukan rantai yang Mak belikan itu kerana walaupun aku tidak suka barang kemas tapi rantai itu tak pernah sekali pun aku tanggalkan sejak Mak bagi and pakaikan. Those things are so precious to me. Tolong pulangkan pada saya semula En Bongok!
9. Memandangkan susah sangat aku nak plan untuk pergi bercuti maka terasa nak memanjakan diri ke spa pula. Ada few spa yang aku dah berkenan tapi masih juga mencari yang terbaik. Tapi aku tak nak pergi seorang diri jadi Cikabi lah yang akan aku ajak nanti. Kehkehkeh! Mungkin sebelum majlis pertunangannya nanti? Erk? Lambat sangat pula tu. So Cikabi? Are you interested my dear sister?
10. Dah lama tidak buat marathon menonton drama Korea. Rindu pula rasanya! If membuang masa dengan perkara ini di hujung minggu? Macam tak berbaloi kerana banyak perkara yang lebih bermanfaat boleh aku lakukan seperti the 1st two items di atas. Kehkehkeh! Drama yang aku kepingin sangat mahu nonton itu juga tidak tahu di manakah ia.
As usual lah kan, 10 benda ini sahaja lah ye yang aku list kan walaupun terlalu banyak lagi perkara yang sedang menari nari di minda aku ketika ini. Kita boleh plan sahaja tapi sama ada akan dilakukan atau terjadi pada masa hadapan bergantung pada tahap kerajinan, masa, wang ringgit, tahap kepentingannya dan apa apa yang berkaitan dengannya.
Eh! Terasa nak tambah lagi satu lah...
11. Aku rasa sangat gemuk ketika ini. Kena jaga pemakanan aku nampaknya. Bukan nampak sedap saja semua aku nak telan. Jadi sangat perlu untuk diet. Memang next week aku akan memulakan puasa di bulan Rejab tapi bukan itu niat nya ye. ;) Itu hanyalah bonus ketika berpuasa.
Okaylah, perlu siapkan kerja aku segera. Cukuplah catatan aku di pagi pagi buta ini. Selamat tidur semua dan mimpi yang best best ok!! ;)
Saturday, July 04, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment