Wednesday, June 17, 2009

Kawan Baik Lelaki Saya

Sebelum anda baca, peringatan! Ini mungkin entri terpanjang saya. Jika bosan, jangan baca. ;)


Percaya tak yang lelaki dan perempuan boleh jadi kawan baik tanpa melibatkan perasaan seolah olah yang anda berada di awang awangan apabila anda bersama dia atau dia membuatkan anda tidak nyenyak tidurlah, mandi tak basah lah, makan tak kenyang lah, minum tapi masih dahaga lah dan kalau nak jumpa dia kena berpakaian indah indah lah. Jika tanya saya, jawapannya YA! Saya percaya! Sudah semestinya lelaki dan perempuan pasti boleh kekal menjadi kawan baik sampai bila bila tanpa sebarang ikatan selain bersahabat baik.


Terlalu banyak kali saya dengar atau baca tentang topik ini dibincangkan dan rata ratanya tidak bersetuju dengan kenyataan ini tetapi saya tetap percaya yang seorang wanita boleh berkawan baik dengan seorang lelaki dan persahabatan yang suci bersih itu tidak akan bertukar menjadi perasaan "cinta"? - Geli pulak aku cakap macam ni! :) Jika suatu masa dulu saya adalah antara orang yang tidak percaya dengan kenyataan ini tetapi setelah lebih 10tahun saya rapat sebagai kawan baik dia dan dia juga merupakan kawan baik lelaki saya kini memang saya adalah penyokong tetap dengan kenyataan ini. (Weih pakcik! Bukan kah kita dah agree nak celebrate 10yrs anniversary as bestfriends kan? Kehkehkeh!)


Jadi entri saya untuk hari ini adalah tentang kawan baik lelaki saya yang bernama Muhammad Muhsin Ahmad Fuad. Siap nama penuh lagi saya letakkan di sini kerana sejak 10 tahun yang lepas dia adalah kawan lelaki saya yang paling baik. (Nasib baik mamat tu tak tahu kewujudan blog ini. If not meleleh pulak air mata dia baca entry ni. Kehkehkeh!) Saya panggil dia Muhsin tapi kawan kawan dia panggil die Giloque. Kenapa? Entah! Saya pun tak ingat dah kenapa sebabnya. Walaupun majoritinya panggil dia Giloque saya tetap kekal panggil dia Muhsin atau Pakcik! Ya, saya suka kelainan.


Macammana saya kenal dia? Kalau nak dihitung bilakah saya tahu dia wujud di dunia ini dan dia juga tahu kewujudan saya, mungkin sudah lebih 10 tahun tapi rasanya ia bermula apabila kami dilantik menjadi pengawas semasa kami di sekolah rendah. Ye, sekolah rendah ku tercinta - Sekolah Rendah Kebangsaan King George V. (Tapi pakcik, aku rasa ko tahu aku wujud di sekolah tu, way before that kan kerana aku famous. Betul kan? Ye, aku perasan but that's the fact!) Oleh itu, kami kenal satu sama lain semasa kami berumur 10 tahun. Ya Allah! Sungguh kanak kanak ribena nya kami pada ketika itu tapi kami tidak baik malah tidak rapat langsung pada ketika itu. Saya macam menyampah dengan dia kerana dia sangat pandai tapi selalu saja main dan dia hanya bercakap dengan saya kerana pada waktu itu dia meminati kawan baik perempuan saya pada ketika itu. (Cis! Ko tak ikhlas masa tu Muhsin!) Tidak banyak cerita tentang kami sewaktu sekolah rendah. Selepas tamat UPSR, dia ke SMAPK dan aku ke Desa Tun ku tercinta. Kami tidak berhubung sama sekali kerana pada waktu itu memang saya tidak ambil peduli tentang dia pun!


Hinggalah suatu ketika di waktu petang di Terminal One Seremban saya baru sampai dari Johor Bahru dan dia pula baru sampai dari Kajang dan apabila mata saya sedang merewang tengok kalau kalau boleh jamu mata lihat lelaki kacak yang baru sampai dari sekolah masing masing sambil tunggu emak atau ayah datang jemput saya tiba tiba mataku terpandang seorang lelaki tidak kacak (opppsssy!!) kami sama sama. "Eh! Baru sampai ke?" Ye, soalan berkias kias. (Dalam hati "Duh!!of courselah aku baru sampai. Kan aku pakai baju sekolah aku ni ha! And kan cuti sekolah dah! Apalah mamat ni!) Ye, waktu itu kami di F5 dan dia mungkin waktu itu tahu serba sedikit tentang saya kerana mmmm...waktu itu saya sedang berkawan dengan seorang rakan sekolah dia.. (Oppppssyyy! Cerita lama! Tutup buku!). Saya boleh katakan itu adalah detik permulaan kepada persahabatan kami yang masih teguh sehingga ke detik ini. Seingat saya, kami semakin rapat selepas kami menamatkan zaman persekolahan. Saya menjemput beberapa rakan saya ke rumah datang untuk menjamu perut di Hari Raya dan termasuklah dia sekali.


Dia mula menghubungi saya melalui nombor telefon rumah (Ye!terkejut bangat gue gi mana dia boleh ada no telefon rumahku!) dan kami mula berbual bual kosong sehingga ke hari ini pun sekiranya kami berbual lebih kepada bual bual kosong about anything and everything. Dia selalu perli, sakitkan hati saya, kutuk saya dan bermacam benda negatif tapi kami seronok berbual kerana saya baik dan dia tidak. *Mari ketawa* Walaupun banyak yang negatif pasal dia, tapi dia tetap kawan saya yang baik kerana dia selalu menghiburkan hati saya dengan lawak jenaka dia yang kadangkala tak kelakar tapi lebih kepada menyakitkan hati sewaktu saya tertekan dengan pembelajaran di universiti, selalu menjadi "jam loceng" saya di waktu Subuh atau waktu waktu yang sepatutnya saya bangun tapi tertidur, selalu menjadi teman saya untuk berbual pada bila bila masa yang saya suka suka terasa nak telefon - pukul 1pagi, 3pagi atau bila bila yang saya suka dan dia tetap menjadi pendengar yang setia (ke ko tertidur masa tu and pretend jadik good listener je? Hah?) Mungkin disebabkan saya selalu ganggu dia begitu maka nya saya pula yang sambut graduasi setahun awal daripada dia. Ye, teruk saya kutuk dia waktu itu kerana disebabkan dia terlebih pandai jadi dia telah memulakan pembelajaran di UTP setahun awal daripada saya tetapi saya pula yang dapat tamatkan pembelajaran saya di UNITEN dahulu. (Yahoo!) Tapi saya tetap kawan yang baik kerana setiap masa dan setiap hari saya akan membebel seperti mak nenek kepada dia untuk dia tekun belajar dan graduasi cepat. Ye, saya tahu telinga dia mungkin hampir bernanah kerana setiap kali saya telefon atau sms pasti saya akan mengingatkan dia suruh belajar! Saya baik kan? ;) Walau apa sekali pun, kami sentiasa ada untuk satu sama lain (gila direct translation aku buat).

Masa berlalu, kini kami orang berkerjaya dan sejak itu, dia menjadi sangat pemurah! Jika kami keluar dia pasti belanja saya walaupun kadangkala secara paksaan atau mungkin dia tidak berapa ikhlas. (Bukankah masa kita study dulu pon, ko jugak yang belanja kan? Oh!! sebab duit scholarship ko banyak! Ye, aku sentiasa menang!) Tapi memang selayak nya dia yang belanja kerana RM dia banyak! Tapi kadang kadang saya pun membelanja juga. (Nak jugak kata diri sendiri pemurah). Begitulah persahabatan kami yang pada mulanya biasa saja tapi sampai sekarang ia masih seperti dulu dan bertambah baik dan cemerlang. Kami tidaklah seperti belangkas atau apa apa yang sewaktu dengannya. Persahabatan kami sempoi, simple dan tidaklah "sweet" tetapi yang pasti kami selalu ada for each other (penat aku fikir apa ayat tu in Malay. kehkeh!)


Kini, saya gembira untuk dia kerana kini dia telah bertemu dengan seorang wanita yang sangat baik, sopan, cantik dan yang dia minati sejak dari SMAPK lagi. Ye, saya sangat sedih kerana tidak dapat hadir semasa hari perkahwinan mereka tetapi kawan saya ini sentiasa memahami saya dan dia tahu saya selalu doakan yang terbaik untuk dia. Selepas dia bergelar seorang suami saya sudah bersedia sekiranya dia tidak menghubungi saya seperti dulu atau lupakan saya terus tapi saya masih bersyukur kerana semuanya masih macam dulu. Mungkin tidak lah sekerap dulu tapi dia masih tidak lupakan saya. Yeay! Sekarang kami lebih banyak berchatting melalui YM kerana dia tidak berada di Malaysia dan masih berkongsi cerita dan bertanya pendapat saya tentang banyak perkara. Tapi dia selalu panggil saya "Mak Nenek". Itu saya tidak suka!

Rasanya cukuplah saya bercerita tentang kawan baik saya yang seorang ini. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan seorang yang kawan baik seperti dia. (Gila formal ayat aku!) Jadi sebagai penutup untuk cerita saya ini, saya sudahi dengan gambar dia semasa upacara pernikahan. Yang lain takut pula saya nak berkongsi kerana gambar ini bukan hak milik saya. Kehkehkeh!

Bertemu lagi di lain entri.... ;)


Tuesday, June 16, 2009

Anyah ni JIWANG??!!

Kenapakah aku dilabel begitu oleh Cikabi? Am I? Nope! Of course aku tak suka bile dilabel begitu. Tapi salah ke kalau aku suka bacaan yang begitu? Emosi pula tiba tiba. Oh, so you people are also agree with Cikabi? Wait UhuHu Girl, apakah yang anda mengarut ini?

OK, this is why Cikabi called me Jiwang.

Yes! I do love reading Malay novels. I mean why not? Almost 24hrs especially during month end close week, I have to deal with all the Mat Saleh and converse in English all the time. In the office since majority are non Malays, so again I need to cakap English aje. So UhuHu Girl, you're saying your English is so powerful lah ye? Kehkehkeh! No, my English is just average but penatlah cakap English je! So, because of that aku suka pembacaan Melayu tetapi aku prefer baca novel. Kenapa?

Aku suka berangan. (If Cikabi and Chabi Kukumbi read this sure both of them gelakkan aku!). It's just feel syiok to read on how the author create the characters in those novels and the storyline. As if macam aku pulak the heroine and the hero macam head over heels je sentiasa dekat the heroine. Wow! alangkah syioknya if betul betul macam itu. Come on UhuHu Girl! Wake up! Back to reality please!! OK fine, most of the jalan cerita actually almost the same but the way they write it, ermm..aku suka! I just love it. Fullstop! Seriously aku tak pandai buat book review ye and this entry is not about those books that I read.

Those are the books that I bought early this month and I read all of them during month end close! Gila ke apa aku ni? Luckily it's the beginning of a quarter - not so busy if compared to quarter end. If during quarter end, pengsan nak completekan closing after dah spent time baca novel Melayu pulak! Luckily none of my colleagues know the existence of this blog especially my manager. If not - kantoi! Kehkehkeh!

What I'm trying to say, I'm not shy to say that during my so called free time I loveeee reading Novel Melayu yang Cikabi kata jiwang itu. In fact, early next month I'm going to buy more and more and more!

Anyway, if you wanted to know which among of those I love the most? The award definitely goes to "Kenangan Terindah" by Hezzy Azra. I have read it 3 times and plan to read it lagi. Ye, if aku suka sangat that's what I would do. Until now, belum bagi Ayong baca lagi. Sabar ye Ayong! You will definitely get the chance to read it soon. ;)

OK, I need to focus on Desperate Houwewives!! Choikin people! ;)

Happy Tuesday!

I am so sleepy now... :( Reason? Yup people! I had a meeting at 12:30 am this morning! And I was the one who setup the meeting. Kehkehkeh! Then nak blame mata yang mengantuk pula Si UhuHu Girl ni. Mamai betul minah ni!



Macam nak menangis aku nak setup meeting ni. Just imagine to have a meeting with people in US, EMEA and aku di Asia memanglah sangat susah. Our previous meeting I had to set it up at 1:30 am. Ye, aku memang kesian. Di saat orang lain diulit mimpi yang indah (such as...???) aku disuruh memerah otakku. Meeting that was supposed to last for only 1/2 hour (memang tak cukup masa pun) was dragged to almost an hour.


I'll be super busy lady for the coming two weeks. But I will still update you "My Yummy UhuHu!"....Okay, I need to get ready to go to the office now!


Have a great day people! ;)

Monday, June 15, 2009

Simple Yummy Chocolate Cake

I told my Cikabi suddenly I felt like I wanted to eat chocolate cake so badly yesterday. At 1st she ignored me but then senyap senyap she went down and checked on all the ingredients if they were available and it was really my rezeki! Yahooo!!! Cikabi is so awesome!! :)

Since this blog is not a blog about masakan and resipi, so I won't put any recipe ye... Hanyalah gambar sebagai bukti Cikabi baked the cake yesterday. The original recipe was from my Mak but we have no idea when Cikabi yang baked the cake it will turn out so yummy, so lembut, so sedap - yummy tu kira sedap lah kan, so do not know how to describe lah.


Menunggu dengan penuh ketidaksabaran nya... Sampai kol 3.30 ptg baru aku solat Zuhur. Bagai hailintar suara emak bila tahu aku and Cikabi tidak solat lagi!
Yehooo!!! Dah boleh makan!!! Cepat cepat keluarkan Cikabi, eh nope! Mak yang keluarkan the cake because once Mak datang dapur terus semua orang dah tak tahu nak buat apa. Heheh!!


Yes, gambar makan tak payah lah ye sebab macam kebuluran sangat..Kehkehkeh!


Yup, that was our main activity on Sunday apart from me spent time melipat baju. Oh yes, I am so fussy bila melipat baju. The measurement for each baju must be exact..yup I repeat, MUST be EXACT. Everyone in my family awares of that and they were so tensed when I measure everytime I fold one baju and if it doesn't fulfill my criteria, then I will refold the baju. I am not OCD but when it comes to melipat baju, I am fussy! No one, yes no one will ever meet my criteria. Cikabi tried before but senyap senyap aku lipat balik baju yang dia dah lipat for me.


Eiyaaa UhuHu Girl! You are out of topic lah! Opppss... enough! ;)

Sunday, June 14, 2009

Seremban – Shah Alam – Damansara!


Ye, right after Subuh prayer terus bersiap siap... Photo taken after dah bersiap! Yes, me very simple but I am so fat now! Kehkehkeh! Ye, gelakkan diri sendiri UhuHu Girl!

It was tiring but really fun!! Spent time the whole day with my dearest Mak and eldest sis – the future Mummy to be of courselah best!! And… got my mind off from work was double fun!! Opppss nope! Triple FUN!! Kehkehkeh!!! To me just jalan jalan and makan makan and became a shopping assistant was fun… Yup, eventhough I buy NOTHING but still aku rasa seronok bangat dehh!! ;) Me and Mak started our fun day as early as 8 am from Seremban to Shah Alam. We have to wait till my Ayah and Cikabi left for work and my mom prepared nasi goreng for them but sob sob…Mak purposely masak cukup cukup for 2 orang je. Yes, I am a huge fan of my mom’s fried rice!! It was simple but yet super yummy delicious!! So, we reached “Pelita Nasi Kandar Shah Alam” around 9 am and had breakfast with Ayong and my bro in law. They came right after we finished our tosai. Kalau tunggu kakak ku itu, jawabnya kebuluran lah kami!! Tak ada gambar ye because till now Mak ku still tak faham tempat makan macam itu pun nak diambil gambar? Ye Mak, orang yang ada blog will capture every momento… ;) Perut sudah kenyang senang hati, maka our next stop was…. Hihihi!! Yup! Check on the progress! Yes, you know where….



Not much different from my last visit but at least dah boleh drive in and park depan rumah.. Actually not really sure which was mine but agak agak saja…hihih!! I tried to search for a house that was unlocked but couldn’t find one.. Maka we just had our plan outside and tertengok tengok kat dalam macam orang jakun gila! Kehkehkeh! Ye, aku lah tu! Cantek kan rumah nun di sana tu tapi price nya pon memang cantek sangat ye! Don't know when I'll ever had the chance to stay in that kind of house?? Ye...keep on dreaming girl! ;)

Then kami ke kedai perabot yang direkomen oleh abg iparku.. Survey survey price and kualitinya and all type of services offered by them. But didn’t help much because we can only talk about it more once we have the key. Ye!! Bila lah agaknya dapat key ni!! Cakap je pasal key, memang geram. Sabar UhuHu Girl!

We left the Furniture Shop – I forgot what’s the name and made our move to the next stop -- One Utama! Yea!! Dah lama sangat aku tak pergi sana. Luckily Mak nak cari her lipstick and Ayong suggested OU but erkkk!! The brand that my mom was looking for wasn’t there. The only place that I remember yang ada is only at Isetan KLCC. It’s ok Mak, our next trip to KL will definitely be KLCC which I bet will be very very soon!! Kehkehkeh! Then we looked for my sister’s dress that she had been looking for since awal awal pregnant lagi and finally we managed found one.. From new wing to old wing and back to new wing and FINALLY… dia suka juga at last! Yes, she’s so fussy! Mak planned to buy her 2 but there’s only one yang really fits her. She is a chabi kukumbi Mummy! Kehkehkeh!! But still comel! ;)

Then after penat plus kelaparan and I told my mom “Mak, cucu Mak suka makan Chillis” ….hihihi! So, that’s where we had our lunch.. Lapar sangat punya pasal patutnya ambil gambar bila food sampai tapi dah tak sempat dah! Maka food diterkam bagai orang yang tak makan breakfast je.. Kehkehkeh.. We had triple play, salad and my all time favourite Monterey Chicken!

The photos proved everything...hihiihhi! Dah kenyang, borak borak and ketawa ketawa then jalan jalan lagi. Mak managed to grab one blouse for herself and I almost bought a handbag..Yes, almost je so that means tak beli lah pun..berposing sakan je lebih belinya tak pun...Kehkehkeh!
Almost 5 pm, kami bergerak balik ke Shah Alam to send off my sister to her dear husband but before that let's have tea break at "Kedai Kopi"! Aku suka the pisang goreng and keropok lekor. Dah kenyang and aku terus hantar Ayong balik rumah and me and Mak terus balik Seremban.
So, that's all the activities for a day but to me I had a blast!! Don't know when we'll ever get the chance to take time off from work and spend a day together...... ;)

Aku Geram!

OK, maybe aku terlebih emosi but of course I am geram!
Sungguh benci with my Celcom Broadband at a certain time…ye diulang..only at a certain time because during month end close, dia sangat excellent! Hiihihih…nothing is perfect tapi still geram jugak mainly because disaat mood ku meluap luap ingin update blog (yelah orang ni dia excited sebab baru ada blog!) masa tu pulak lah broadband kesayangan hamba ini buat hal.

Since I can’t change the fact, I’m trying to find other solution which is…. drafting all my entries in word. How desperate I am! Kehkehkeh! I’m not sure how long my level of kerajinan akan bertahan so while I am still in the mood, you will get the chance to read more than an entry per day…Erk? I guess that does only apply during weekend. Ada masa ke aku nak update during weekdays? Tapi, bukankah one of the reasons I set up this blog, to have different “life” apart from my endless work life? Looks like the”work-life balance” program does not exist je! – OK, this is different topic! Yup! So, akan cuba juga update even during weekdays.
Wow benarkah ini the UhuHu girl yang kukenal hanya fikir pasal kerja sahaja dalam hidupnya?? kehkehkeh!!

OK, that’s all for this entry and mari kita create new entry! Chaiyo chaiyo!! ;)

Friday, June 12, 2009

On Leave ;)

Yes!! My manager is so handsome because he approves my leave application for tomorrow. This is one of the reasons why I like him! Kehkehkeh!!

Tomorrow I'll have a long day with my mom and the future Mummy to be! ;)

So, now I need to have enough rest...