Wednesday, June 17, 2009

Kawan Baik Lelaki Saya

Sebelum anda baca, peringatan! Ini mungkin entri terpanjang saya. Jika bosan, jangan baca. ;)


Percaya tak yang lelaki dan perempuan boleh jadi kawan baik tanpa melibatkan perasaan seolah olah yang anda berada di awang awangan apabila anda bersama dia atau dia membuatkan anda tidak nyenyak tidurlah, mandi tak basah lah, makan tak kenyang lah, minum tapi masih dahaga lah dan kalau nak jumpa dia kena berpakaian indah indah lah. Jika tanya saya, jawapannya YA! Saya percaya! Sudah semestinya lelaki dan perempuan pasti boleh kekal menjadi kawan baik sampai bila bila tanpa sebarang ikatan selain bersahabat baik.


Terlalu banyak kali saya dengar atau baca tentang topik ini dibincangkan dan rata ratanya tidak bersetuju dengan kenyataan ini tetapi saya tetap percaya yang seorang wanita boleh berkawan baik dengan seorang lelaki dan persahabatan yang suci bersih itu tidak akan bertukar menjadi perasaan "cinta"? - Geli pulak aku cakap macam ni! :) Jika suatu masa dulu saya adalah antara orang yang tidak percaya dengan kenyataan ini tetapi setelah lebih 10tahun saya rapat sebagai kawan baik dia dan dia juga merupakan kawan baik lelaki saya kini memang saya adalah penyokong tetap dengan kenyataan ini. (Weih pakcik! Bukan kah kita dah agree nak celebrate 10yrs anniversary as bestfriends kan? Kehkehkeh!)


Jadi entri saya untuk hari ini adalah tentang kawan baik lelaki saya yang bernama Muhammad Muhsin Ahmad Fuad. Siap nama penuh lagi saya letakkan di sini kerana sejak 10 tahun yang lepas dia adalah kawan lelaki saya yang paling baik. (Nasib baik mamat tu tak tahu kewujudan blog ini. If not meleleh pulak air mata dia baca entry ni. Kehkehkeh!) Saya panggil dia Muhsin tapi kawan kawan dia panggil die Giloque. Kenapa? Entah! Saya pun tak ingat dah kenapa sebabnya. Walaupun majoritinya panggil dia Giloque saya tetap kekal panggil dia Muhsin atau Pakcik! Ya, saya suka kelainan.


Macammana saya kenal dia? Kalau nak dihitung bilakah saya tahu dia wujud di dunia ini dan dia juga tahu kewujudan saya, mungkin sudah lebih 10 tahun tapi rasanya ia bermula apabila kami dilantik menjadi pengawas semasa kami di sekolah rendah. Ye, sekolah rendah ku tercinta - Sekolah Rendah Kebangsaan King George V. (Tapi pakcik, aku rasa ko tahu aku wujud di sekolah tu, way before that kan kerana aku famous. Betul kan? Ye, aku perasan but that's the fact!) Oleh itu, kami kenal satu sama lain semasa kami berumur 10 tahun. Ya Allah! Sungguh kanak kanak ribena nya kami pada ketika itu tapi kami tidak baik malah tidak rapat langsung pada ketika itu. Saya macam menyampah dengan dia kerana dia sangat pandai tapi selalu saja main dan dia hanya bercakap dengan saya kerana pada waktu itu dia meminati kawan baik perempuan saya pada ketika itu. (Cis! Ko tak ikhlas masa tu Muhsin!) Tidak banyak cerita tentang kami sewaktu sekolah rendah. Selepas tamat UPSR, dia ke SMAPK dan aku ke Desa Tun ku tercinta. Kami tidak berhubung sama sekali kerana pada waktu itu memang saya tidak ambil peduli tentang dia pun!


Hinggalah suatu ketika di waktu petang di Terminal One Seremban saya baru sampai dari Johor Bahru dan dia pula baru sampai dari Kajang dan apabila mata saya sedang merewang tengok kalau kalau boleh jamu mata lihat lelaki kacak yang baru sampai dari sekolah masing masing sambil tunggu emak atau ayah datang jemput saya tiba tiba mataku terpandang seorang lelaki tidak kacak (opppsssy!!) kami sama sama. "Eh! Baru sampai ke?" Ye, soalan berkias kias. (Dalam hati "Duh!!of courselah aku baru sampai. Kan aku pakai baju sekolah aku ni ha! And kan cuti sekolah dah! Apalah mamat ni!) Ye, waktu itu kami di F5 dan dia mungkin waktu itu tahu serba sedikit tentang saya kerana mmmm...waktu itu saya sedang berkawan dengan seorang rakan sekolah dia.. (Oppppssyyy! Cerita lama! Tutup buku!). Saya boleh katakan itu adalah detik permulaan kepada persahabatan kami yang masih teguh sehingga ke detik ini. Seingat saya, kami semakin rapat selepas kami menamatkan zaman persekolahan. Saya menjemput beberapa rakan saya ke rumah datang untuk menjamu perut di Hari Raya dan termasuklah dia sekali.


Dia mula menghubungi saya melalui nombor telefon rumah (Ye!terkejut bangat gue gi mana dia boleh ada no telefon rumahku!) dan kami mula berbual bual kosong sehingga ke hari ini pun sekiranya kami berbual lebih kepada bual bual kosong about anything and everything. Dia selalu perli, sakitkan hati saya, kutuk saya dan bermacam benda negatif tapi kami seronok berbual kerana saya baik dan dia tidak. *Mari ketawa* Walaupun banyak yang negatif pasal dia, tapi dia tetap kawan saya yang baik kerana dia selalu menghiburkan hati saya dengan lawak jenaka dia yang kadangkala tak kelakar tapi lebih kepada menyakitkan hati sewaktu saya tertekan dengan pembelajaran di universiti, selalu menjadi "jam loceng" saya di waktu Subuh atau waktu waktu yang sepatutnya saya bangun tapi tertidur, selalu menjadi teman saya untuk berbual pada bila bila masa yang saya suka suka terasa nak telefon - pukul 1pagi, 3pagi atau bila bila yang saya suka dan dia tetap menjadi pendengar yang setia (ke ko tertidur masa tu and pretend jadik good listener je? Hah?) Mungkin disebabkan saya selalu ganggu dia begitu maka nya saya pula yang sambut graduasi setahun awal daripada dia. Ye, teruk saya kutuk dia waktu itu kerana disebabkan dia terlebih pandai jadi dia telah memulakan pembelajaran di UTP setahun awal daripada saya tetapi saya pula yang dapat tamatkan pembelajaran saya di UNITEN dahulu. (Yahoo!) Tapi saya tetap kawan yang baik kerana setiap masa dan setiap hari saya akan membebel seperti mak nenek kepada dia untuk dia tekun belajar dan graduasi cepat. Ye, saya tahu telinga dia mungkin hampir bernanah kerana setiap kali saya telefon atau sms pasti saya akan mengingatkan dia suruh belajar! Saya baik kan? ;) Walau apa sekali pun, kami sentiasa ada untuk satu sama lain (gila direct translation aku buat).

Masa berlalu, kini kami orang berkerjaya dan sejak itu, dia menjadi sangat pemurah! Jika kami keluar dia pasti belanja saya walaupun kadangkala secara paksaan atau mungkin dia tidak berapa ikhlas. (Bukankah masa kita study dulu pon, ko jugak yang belanja kan? Oh!! sebab duit scholarship ko banyak! Ye, aku sentiasa menang!) Tapi memang selayak nya dia yang belanja kerana RM dia banyak! Tapi kadang kadang saya pun membelanja juga. (Nak jugak kata diri sendiri pemurah). Begitulah persahabatan kami yang pada mulanya biasa saja tapi sampai sekarang ia masih seperti dulu dan bertambah baik dan cemerlang. Kami tidaklah seperti belangkas atau apa apa yang sewaktu dengannya. Persahabatan kami sempoi, simple dan tidaklah "sweet" tetapi yang pasti kami selalu ada for each other (penat aku fikir apa ayat tu in Malay. kehkeh!)


Kini, saya gembira untuk dia kerana kini dia telah bertemu dengan seorang wanita yang sangat baik, sopan, cantik dan yang dia minati sejak dari SMAPK lagi. Ye, saya sangat sedih kerana tidak dapat hadir semasa hari perkahwinan mereka tetapi kawan saya ini sentiasa memahami saya dan dia tahu saya selalu doakan yang terbaik untuk dia. Selepas dia bergelar seorang suami saya sudah bersedia sekiranya dia tidak menghubungi saya seperti dulu atau lupakan saya terus tapi saya masih bersyukur kerana semuanya masih macam dulu. Mungkin tidak lah sekerap dulu tapi dia masih tidak lupakan saya. Yeay! Sekarang kami lebih banyak berchatting melalui YM kerana dia tidak berada di Malaysia dan masih berkongsi cerita dan bertanya pendapat saya tentang banyak perkara. Tapi dia selalu panggil saya "Mak Nenek". Itu saya tidak suka!

Rasanya cukuplah saya bercerita tentang kawan baik saya yang seorang ini. Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan seorang yang kawan baik seperti dia. (Gila formal ayat aku!) Jadi sebagai penutup untuk cerita saya ini, saya sudahi dengan gambar dia semasa upacara pernikahan. Yang lain takut pula saya nak berkongsi kerana gambar ini bukan hak milik saya. Kehkehkeh!

Bertemu lagi di lain entri.... ;)


1 comment:

Sabarina said...

sedihnya baca entry ni. rindu bangat kat both of u. but time flies kan? masa jgk yg menjarakkan kite. but sgt terkejut & terharu sbb both of u sudi datang on my big day.... love & miss u so much... jom nge'date'!!!