Tuesday, May 04, 2010

that's how we met......


alkisah seorang budak perempuan comel berusia 10thn sedang tekun mendengar apa yang diajar oleh gurunya, sehinggalah tiba tiba dia terasa seperti ada "benda" sejuk sedang merayap di kakinya. mulanya dia ingatkan angin sejuk tetapi apabila dia meraba kainnya, rupa rupanya memang betul ada "benda" hidup yang bergerak. mukanya telah bertukar menjadi pucat lesi dan hampir pengsan. dengan selamba dia telah berlari keluar dari kelas dengan muka yang pucat dan mahu menangis dan terus memecut ke tandas. sebaik sahaja tiba di tandas, dengan pantas dia menanggalkan kain sekolahnya lalu menjerit dan menggigil pada masa yang sama kerana seekor cicak yang terlalu besar saiznya telah selamat keluar dari kain itu. akibat terlalu kuat dia memegang kainnya, maka ekor cicak itu telah terputus tapi cicak itu dengan pantas melarikan diri. sejak hari itu, si budak perempuan comel itu telah menjadi terlalu fobia dengan encik cicak.


kenapa tiba tiba i cerita pasal ni ye? sebab ada seekor cicak besar nak mampos sedang bertapa kat dalam my bathroom. oh ye, yang cerita kat atas tu, pasal i sebenarnya dan si budak perempuan comel itu i lah orangnya. hihihi! so can u imagine bila i nampak makhluk tu kat ceiling my bathroom?? lari macam orang gila!

4 comments:

Yummy Mummy said...

LOL, that's why I hate cicak big time! And they can jump if they are scared as well. Imagine jumping into your hair? EEEEUUUUUUWWWW!

Shopaholic Mama said...

eewww, lizards, cockroach, rats & mice are the most horrific things in the world to me!

kalau I terjumpa cicak, I made sure dgn tail dia jugak I buang coz I always think its still 'alive' pasal it can jiggle jiggle...ishhh

Wahida said...

Alalala, comel budak 10 tahun tu! Ngee :D

diana sidek said...

Yummy Mummy: "Jumping into ur hair"??????terus histeria jadinya i if it happens.ahhhh!!!dont want to imagine!!!so so geli!!yuckss!

Shopaholic Mama:Ye Ann, me too!!!i think cockroach i still can handle but the rest tu, confirm terus pengsan


Wahida:masa tu budak tu masih lagi comel, now ni ermm..dah terlampau sgt dah mcm tong dram!hheheheh